1.6 juta mahasiswa disasar terima PerantiSiswa - Utusan Malaysia

1.6 juta mahasiswa disasar terima PerantiSiswa

MAHASISWA penerima alat peranti melihat dengan dekat Peranti Siswa sewaktu Majlis Pelancaran Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Dewan Agung Tuanku Cancelor UITM, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan menyasarkan semua mahasiswa di lebih 600 institusi pengajian tinggi (IPT) menerima manfaat program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi mencapai fokus dalam Pelan Pendigitalan Pendidikan Tinggi Negara.

Pada fasa pertama, seramai 523 mahasiswa menerima bantuan tersebut  menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang disampaikan dalam Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia, hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, beliau berharap 1.6 juta mahasiswa di seluruh negara akan menerima kemudahan tersebut apabila program itu disebar ke semua IPT.

“Sebagai rancangan jangka panjang,  aspek keperluan peranti dan akses kepada internet ini dijadikan sebagai satu daripada fokus dalam Pelan Pendigitalan Pendidikan Tinggi Negara.

“Tambahan kepada itu bagi  mendepani keperluan semasa, KPT secara konsisten terus memperkukuh agenda pendigitalan pendidikan yang lebih holistik melalui pemerkasaan infrastruktur, kelengkapan bilik kuliah, pengukuhan kurikulum dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Majlis tersebut dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Noraini berkata, kemudahan seperti diumum dalam Belanjawan 2022 bernilai RM450 juta itu adalah untuk mewujudkan ekosistem pendidikan yang terbaik dan juga terkehadapan untuk manfaat IPT negara ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru mahasiswa yang  belum mendaftar supaya berbuat demikian untuk mendapatkan peranti tersebut yang dibuka permohonannya sehingga 30 September ini.

“Banyak lagi yang dilakukan oleh KPT di bawah payung #KPTPrihatin ini. Usaha-usaha yang dilakukan tidaklah terhad kepada yang berkaitan dengan pendigitalan pendidikan semata-mata,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya