Warga emas hargai kemerdekaan kibar lebih 300 Jalur Gemilang - Utusan Malaysia

Warga emas hargai kemerdekaan kibar lebih 300 Jalur Gemilang

MAN Jusoh tidak pernah ketinggalan mengibar sehingga 300 Jalur Gemilang di rumahnya sejak 22 tahun lalu di Felda Chuping, Padang Besar, Perlis,semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Meskipun semangat mengibar Jalur Gemilang dalam kalangan masyarakat dilihat makin pudar, seorang warga emas di Felda Chuping di sini konsisten menggantung ratusan bendera Malaysia di pekarangan rumahnya bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan setiap tahun.

Man Jusoh, 67, juga tidak kisah berhabis ratusan ringgit bagi membeli Jalur Gemilang untuk dikibarkan di rumahnya sejak 22 tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Man berkata, setiap tahun sempena kemerdekaan, dia mengibarkan lebih 300 bendera di pekarangan rumahnya dan aktiviti itu menjadi rutin tahunan.

“Saya memulakan usaha ini sejak tahun 2000 dan dari situ mengambil inisiatif mengumpul lebih banyak bendera bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan setiap tahun,” katanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata, tujuan utamanya menggantung bendera setiap tahun adalah sebagai tanda penghargaan di atas kemerdekaan yang dikecapi negara.

Menurutnya, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, dia dan ahli keluarga ketika itu terpaksa hidup dalam keadaan susah dan amat terkesan dengan penjajahan luar.

“Namun selepas merdeka, kerajaan mengambil inisiatif membuka tanah rancangan Felda bagi membantu rakyat. Saya mengambil peluang lalu mendapat tanah rancangan Felda untuk diusahakan pada tahun 1977 dan sejak itu, hidup kami berubah sedikit demi sedikit.

“Kerana itulah saya sangat menghargai kemerdekaan ini dan bagi menzahirkan semangat tersebut, saya ambil peluang pasang bendera pada bulan kemerdekaan setiap tahun,” katanya.

Dia berharap masyarakat masa khususnya generasi muda lebih menghargai erti kemerdekaan memandangkan banyak pengorbanan telah dilakukan oleh pemerintah dan pejuang terdahulu.

“Jangan kita mudah lupa dari mana kita datang dan jagalah kemerdekaan yang kita peroleh ini dengan sebaik-baiknyanya agar kita tidak dijajah lagi,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya