Wanita rentung kereta dinaiki terbakar - Utusan Malaysia

Wanita rentung kereta dinaiki terbakar

KEADAAN kereta Perodua Kelisa yang terbakar di Kampung Gong Batu, Setiu, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang wanita meninggal dunia manakala empat lagi terselamat selepas kereta dinaikinya bertembung dengan sebuah lori lalu terbakar dalam kejadian di Kampung Gong Batu di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd. Razli Rapiae berkata, pihaknya menerima panggilan kecemesan jam 5.33 petang sebelum bergegas ke lokasi.

Menurut beliau,  seramai 16 anggota termasuk lapan daripada BBP Besut yang tiba di lokasi mendapati berlaku kebakaran melibatkan Perodua Kelisa dinaiki mangsa dengan sebuah lori lima tan jenis Isuzu.

“Mangsa yang juga seorang wanita ditemukan dalam keadaan rentung akibat kebakaran tersebut manakala seorang lelaki dalam kereta sama mengalami kecederaan.

“Salah seorang daripada tiga lelaki di dalam lori turut tercedera dan kesemua mereka  dikejarkan ke Hospital Setiu sementara mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Kemalangan itu difahamkan berlaku apabila Perodua Kelisa dinaiki mangsa dari arah Kampung Fikri ke Kampung Raja bertembung dengan lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

Tambah Mohd. Razli, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 7.39 malam. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya