Vaksin Spikevax Covid-19 dilulus untuk 12 tahun dan ke atas - Utusan Malaysia

Vaksin Spikevax Covid-19 dilulus untuk 12 tahun dan ke atas

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Vaksin Spikevax keluaran Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol diberi kelulusan bersyarat kepada golongan berumur 12 tahun dan ke atas bagi pencegahan penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-375 yang bersidang hari ini.

Menurut beliau, Spikevax sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

“Sehingga kini, PBKD memberi kelulusan kepada vaksin Comirnaty (keluaran Pfizer-BioNTech) dan CoronoVac (keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd, China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., Malaysia) untuk digunakan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut terus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, pemantauan juga dibuat berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk tersebut kekal positif.

Kementerian Kesihatan sentiasa komited mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan C-19 di Malaysia.

Ini dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya