KUALA LUMPUR: Pas sedia memberi ‘bantuan’ kepada UMNO yang kini dilihat ‘cedera’ bagi memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, ‘kecederaan’ UMNO itu adalah berikutan serangan bertubi-tubi Pakatan Harapan (PH) dalam isu kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang gagal disiapkan meskipun RM6 bilion telah disalurkan. Menurut beliau, dengan keadaan itu, UMNO sukar untuk menang jika bergerak solo seperti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agungnya pada Mac lalu, sekali gus perbincangan segera perlu diadakan bersama Pas mengenai strategi bagi menewaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya