Tukang cuci didakwa laku amang seksual terhadap pelajar lelaki  -

Tukang cuci didakwa laku amang seksual terhadap pelajar lelaki 

MOHD. Sharonizan Zolkefli yang dituduh melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang pelajar lelaki dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun, awal bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Sharonizan Zolkefli, 32, yang bekerja sebagai tukang cuci bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia di dalam tandas di sebuah masjid di daerah ini kira-kira jam 11.10 pagi, 8 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya