Tipu hak milik tanah Kejora bernilai RM100 juta, 8 diberkas

Tipu hak milik tanah Kejora bernilai RM100 juta, lapan diberkas

KAMARUL Zaman Mamat menunjukkan lokasi tanah yang didakwa ditukar milik tanpa kebenaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Tujuh lembaga pengarah koperasi dan seorang pegawai pejabat tanah yang bersekongkol memindahkan hak milik tanah milik Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) sejak 35 tahun lalu yang diberkas dalam lapan siri serbuan di Johor Bahru, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam Op Pekaka tersebut, kesemua lelaki berusia 46 hingga 75 tahun yang ditahan adalah mereka yang bertanggungjawab ketika penyelewengan transaksi pindah milik dilakukan membabitkan tanah seluas lebih 1,699 hektar (4,200 ekar) di Kluang.

Pihak polis mula menjalankan siasatan selepas menerima satu laporan pada Januari lalu daripada seorang penolong pegawai tanah sebuah agensi badan berkanun milik sebuah kementerian yang mendakwa tiga lot tanah berkeluasan lebih 1,699 hektar milik agensi itu dipindah milik tanpa kebenaran.

ANUGERAH

“Tanah bernilai lebih RM100 juta di daerah Kluang itu dipindah milik ke sebuah syarikat persendirian tanpa pengetahuan dan kebenaran agensi itu. Tiga lot tanah itu adalah tanah yang dianugerahkan kerajaan negeri kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) pada 1987 dengan nilai RM1.47 juta.

“Tanah itu kemudian dipajak kepada sebuah koperasi pada  1994, namun koperasi itu kini sudah dibubarkan. Kita percaya dalam tempoh pembubaran itu, berlakunya perkara yang menyebabkan tanah dipindah milik kepada individu lain dengan nilai melebihi RM100 juta.

“Urusan pindah milik itu hanya dikesan berlaku pada pertengahan tahun lalu dan semakan mendapati tanah itu kini diusahakan sebagai ladang kelapa sawit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Khaw Kok Chin.

Kamarul Zaman berkata,  seramai 28 saksi terdiri daripada pengarah syarikat, setiausaha, peguam, pelikuidasi, pegawai Pejabat Tanah dan Galian negeri serta pegawai agensi badan berkanun turut dipanggil memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Walau bagaimanapun, kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan sementara pihaknya menyiapkan kertas siasatan dan menunggu arahan selanjutnya daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya