Tiga lelaki `ponteng’ solat Jumaat ditahan  - Utusan Malaysia

Tiga lelaki `ponteng’ solat Jumaat ditahan 

MD. ADNAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga lelaki yang melepak di kawasan kolam memancing pada waktu solat Jumaat ditahan  pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Marang dekat sini, kelmarin.

Kesemua lelaki berusia 19 hingga 45 tahun itu ditahan 15 pegawai penguat kuasa syariah wanita daripada Unit Penguatkuasaan Pejabat Agama Daerah Marang.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT, Md. Adnan Abdullah berkata, risikan mendapati mereka menunggu di luar kolam memancing itu dari bermula waktu masuk sehingga berakhirnya solat Jumaat.

“Alasan diberi ialah mereka mahu menunggu kolam memancing itu dibuka untuk operasi selepas solat Jumaat.

“Sewaktu ditahan, kesemua lelaki berkenaan sedang berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan di luar kolam memancing itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Md. Adnan berkata, tiga lelaki berkenaan  didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 (pindaan 2016) dan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya