Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kematian gadis 14 tahun -

Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kematian gadis 14 tahun

TANGKAP layar video di lokasi penemuan mayat mangsa yang tular di laman sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Polis menahan tiga lelaki Orang Asli di Bukit Ibam di sini disyaki terlibat kes membabitkan kematian seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, ketiga-tiga suspek ditahan kira-kira pukul 9.40 malam tadi oleh sepasukan polis daripada cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang.

Menurutnya, polis akan mendapatkan perintah reman hari ini, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Ahad lalu, polis menerima laporan penemuan mayat dipercayai seorang gadis Orang Asli berusia 14 tahun dan tidak bersekolah berdekatan dengan jalan masuk ke kawasan simpang perkuburan lama, Bukit Ibam.

“Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala di kawasan lereng bukit yang bersemak berdekatan dengan laluan rumahnya.

“Hasil siasatan awal polis, mendapati mangsa keluar rumah pada malam kejadian dan tidak pulang ke rumah sehingga ayah (mangsa) membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azahari berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya lagi, bedah siasat akan dijalankan oleh pihak patologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan bagi mendapatkan punca sebenar kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diharap dapat menghubungi pihak polis di talian 094145999,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya