PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes membabitkan agensi itu.
SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, individu berkenaan dikenali sebagai Lee Che Hing, 76.

Kata kenyataan itu, individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No 17, Persiaran Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur atau No 15, Jalan Putra 6, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sekhar Mariappan di talian 03-8870 0297 atau 011-36868267 atau secara e-mel [email protected],” katanya. –UTUSAN ONLINE