KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi.
Beliau tiba kira-kira pukul 12.20 tengah hari menaiki kenderaan Proton Perdana berwarna hitam.
Rosmah hadir bagi mengikuti perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama. –UTUSAN ONLINE