KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.
Najib tiba kira-kira pukul 8.27 pagi menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam bagi menghadapi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Kelmarin, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. –UTUSAN ONLINE