"Harapan saya ialah untuk melihat kempen kibar Jalur Gemilang ini

Semarakkan sambutan merdeka, 3,500 Jalur Gemilang diedar di Tasek Gelugor

SHABUDIN Yahaya menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad (kiri) pada program Kempen Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Sebanyak 3,500 helai Jalur Gemilang diedarkan kepada seluruh agensi, institusi, komuniti serta beberapa pertubuhan termasuk keagamaan di kawasan Parlimen ini dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata, antara penerima Jalur Gemilang itu termasuk wakil sekolah-sekolah, tabika-tabika khususnya milik Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta institusi keagamaan seperti masjid, kuil dan tokong.

Katanya, turut menerima bendera  ialah balai-balai polis, klinik kesihatan, balai bomba dan beberapa institusi pendidikan lain di Tasek Gelugor termasuk kolej komuniti, GiatMara dan sebagainya.

“Harapan saya ialah untuk melihat kempen kibar Jalur Gemilang ini menjadi satu majlis gah yang boleh memberi satu impak yang besar terutamanya kepada naluri dan perasaan generasi muda.

“Dulu (ketika pandemik Covid-19) kita edar juga (Jalur Gemilang) tapi terus kepada penerima tanpa ada sebarang majlis seperti ini. 

“Jadi, apabila kita dapat berkumpul semula secara bersemuka, saya dapat rasakan kesan (kebersamaan) itu lebih kuat dan ini sekali gus mempercepatkan proses pembentukan ‘Keluarga Malaysia’,” katanya.

Beliau ditemui semasa melancarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Parlimen Tasek Gelugor di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen berkenaan di sini, hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya