Sauh berusia lebih 500 tahun ditemukan di Sungai Pahang - Utusan Malaysia

Sauh berusia lebih 500 tahun ditemukan di Sungai Pahang

HAMIDI Yaakob memegang sauh dipercayai berusia lebih 500 tahun ditemukan di Sungai Pahang di Kampung Kelola di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Penemuan sebuah sauh milik kapal Jong perang Melayu di Sungai Pahang di Kampung Kelola di sini berusia lebih 500 tahun dipercayai milik pejuang dan pendakwah kerajaan Demak, Indonesia dalam abad ke-15.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang guru, Hamidi Yaakob, 41, berkata, sauh itu ditemukan di lubuk Batu Puyuh dasar Sungai Pahang yang terlekat di jaring pada Ogos 2019.

Menurutnya, sauh besi seberat 30 kilogram dan rantai besi sepanjang kira-kira 10 meter itu dipercayai terputus daripada kapal perang ketika berlabuh di Kampung Kelola.

“Berdasarkan catatan sejarah, Sungai Pahang antara 10 laluan purba zaman berzaman kerana luas dan dalam boleh sampai ke Lipis bagi tujuan perdagangan dan juga perkembangan agama Islam.

“Artifak berharga ini saya sangkut di kedai makan di kampung sejak pertemuan itu tetapi kembali mendapat perhatian apabila seorang guru agama dan penyelidik perkembangan Islam Chenor, Ustaz Barkatullah Mohd. Bahari hadir membuat kajian,” katanya di sini semalam.

Hamidi yang juga nelayan sambilan Sungai Pahang berkata, berdasarkan bentuknya, ia dipercayai dibuat pada abad ke-15 kerana setiap abad mempunyai bentuk sauh berbeza.

Menurutnya, rakannya yang juga bekas kapten kapal, Mohd. Fuad Hamzah memberitahu berdasarkan bentuk sauh, ia dipercayai buatan Belanda yang mana kapal berkenaan boleh memuatkan 80 penumpang.

Beliau dalam pada itu berkata, berdasarkan rujukan sejarah Pahang yang ditulis Buyong Adil ada menyebut pada abad berkenaan Sungai Pahang menjadi laluan utama kapal perdagangan emas, hasil hutan, senjata peluru dan meriam.

“Catatan Sejarah Pahang membuktikan beberapa lokasi seperti Chenor dan Kuala Tembeling tempat pengeluaran senjata meriam dan peluru untuk digunakan menyerang Portugis di Melaka.

“Senjata meriam dan peluru ini dibeli oleh kerajaan Islam Demak membantu Kerajaan Aceh, Perak dan Johor menyerang Portugis di Belanda sekitar 1608,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Fuad berkata, berdasarkan kajian dan rujukannya, sauh itu dipercayai buatan Belanda dibuat pada 1500 atau 1600 berdasarkan bentuk rupa alat itu.

Tambah beliau, pada era tersebut, kerajaan Belanda mempunyai polisi berbaik-baik dengan kerajaan Melayu bagi tujuan sokongan menyerang Portugis di Melaka.

“Rekod sejarah membuktikan Belanda berjaya menawan Melaka dari tangan Portugis pada tahun 1641 dengan sokongan kerajaan Melayu di Nusantara,” katanya.

Menurutnya, banyak fakta menarik di sebalik penemuan sauh Kapal Jong di Sungai Pahang yang merupakan ‘lebuh raya utama’ ke destinasi penting di negeri ini termasuk pusat pemerintahan kerajaan Pahang lama di Lubuk Pelam, Jerantut.

Tambah beliau, satu kajian mendalam perlu dibuat oleh pihak yang mempunyai kepakaran berkaitan kapal Melayu zaman Portugis, Belanda dan Inggeris. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya