RM50 juta pembiayaan PEMULIH NewBiz, bantu perniagaan mikro

RM50 juta pembiayaan PEMULIH NewBiz, bantu perniagaan mikro

ISMAIL Sabri Yaakob pada majlis perasmian MAHA 2022 di MAEPS, Serdang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk individu termasuk siswazah yang ingin memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah melalui Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program tersebut juga menawarkan pembiayaan RM5,000 untuk peringkat pertama dan RM10,000 bagi peringkat kedua.

Katanya, peruntukan itu adalah untuk membantu golongan tersebut membeli perkakas atau alatan untuk menjalankan operasi perniagaan.

“Ini bertujuan untuk mereka membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan, atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing dan seumpamanya.

“Di bawah program ini, pemohon diberikan moratorium bagi tempoh enam bulan pertama dan dikenakan tiga peratus kadar keuntungan bagi bulan ketujuh dengan tempoh maksimum pembiayaan sehingga 60 bulan atau lima tahun,” katanya semasa berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022, di sini.

Mengulas lebih lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan terus memainkan peranan efektif dengan kerjasama semua pihak dalam menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat pada harga berpatutan secara berterusan untuk masyarakat.

“Saya ingin mengingatkan kejayaan untuk memantapkan jaminan sekuriti makanan di masa hadapan dan memajukan serta mentransformasi sektor agromakanan merupakan tanggungjawab kita Bersama sebagai Keluarga Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya