Ramai pengumpul koleksi bola sepak dunia tinggal di Malaysia -

Ramai pengumpul koleksi bola sepak dunia tinggal di Malaysia

WONG Jin Zhen menunjukkan koleksi barangan bola sepak bertaraf dunia yang dimiliki oleh seorang pengumpul peribadi di Seremban.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Siapa sangka, pengumpul-pengumpul koleksi barangan bola sepak bertaraf dunia yang unik dan luar biasa serta bernilai lebih RM150 juta sebenarnya ramai berada di Malaysia.

Pemilik Syarikat Studio Hollywood Treasures, Wong Jin Zhen, 32, berkata, antara koleksi yang paling unik miliknya sendiri adalah sebuah acuan trofi Piala Dunia Jules Rimet yang sukar diperoleh.

WONG Jin Zhen menunjukkan koleksi barangan bola sepak bertaraf dunia yang dimiliki oleh seorang pengumpul peribadi di Seremban.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.

“Trofi Jules Rimet digunakan pada edisi 1930 hingga 1970, di seluruh dunia hanya ada tiga acuan asli trofi tersebut dan salah satunya pengumpul di Malaysia ini.

“Difahamkan trofi yang sebenar hilang ketika diserahkan kepada pasukan Brazil pada tahun 1970 dan disebabkan itu penganjur membuat replika trofi dengan menggunakan acuan itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jelas Jin Zhen, trofi Jules Rimet itu dibeli daripada seorang individu daripada Eropah enam tahun lalu, malah sebelum ini, seorang pengumpul koleksi daripada Arab Saudi pernah menawarkan untuk membeli acuan trofi itu tiga kali ganda daripada harga asal, namun pemiliknya tidak mahu menjual koleksi unik itu.

Jin Zhen memberitahu, selain itu antara koleksi yang luar biasa adalah jersi Ballon d’Or edisi terhad yang ditandatangani pemain bola sepak terkenal dunia iaitu Manuel Neuer, Christiano Ronaldo dan Leonel Messi. 

“Jersi edisi ini hanya 20 helai dikeluarkan di seluruh dunia, saya difahamkan hanya terdapat satu di Asia di bawah jagaan pengumpul peribadi di Malaysia” katanya.

Tambah Jin Zhen, terdapat juga koleksi barangan pemilik itu diperoleh secara peribadi daripada pemain bola sepak antarabangsa antaranya dari pasukan kebangsaan Brazil dan England serta kelab Manchester United dan Liverpool. 

“Antara barangan berkenaan adalah sepasang kasut bola milik pemain Brazil, Ricardo Izecson dos Santos Leite atau lebih dikenali sebagai Kaká, medal Juara Piala Dunia 1966 yang dimenangi pasukan England dan beberapa barangan lain. 

“Barangan lain yang saya anggap unik dan sukar diperoleh adalah kasut bola yang ditandatangan pemain England, Sir George Hurst, jersi pasukan Brazil yang ditandatangan Neymar Jr. dan Pele serta jersi Argentina yang ditandatangan Messi serta Maradona,” katanya. 

Pada 2 Ogos lalu, Ji Zhen memberitahu, tiga koleksi utama itu iaitu jersi Brazil ditandandangi oleh Pele, plak peringatan Pele dan acuan Trofi Jules Rimet dipamerkan di sebuah pusat beli belah di Phuket, Thailand. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya