Rakyat mahu Malaysia harmoni - Utusan Malaysia

Rakyat mahu Malaysia harmoni

Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan lintas hormat udara pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini. Sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' kembali diadakan di Dataran Merdeka.-UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Rakyat di negeri ini mahu Malaysia nikmat kemerdekaan negara terus dikecapi oleh seluruh masyarakat berbilang kaum dengan hidup secara bersama dengan penuh harmoni pada masa hadapan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Zikril Haki Mohd. Rusli, 24 yang merupakan seorang penuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, perpaduan dan kebersamaan antara kaum merupakan tunjang utama kemakmuran negara sejak bebas daripada belenggu penjajahan.

“Saya mahu lihat rakyat Malaysia dapat berkumpul bersama-sama tanpa mengira perbezaan kaum, usia dan jantina. Bak kata orang Kelantan, “boleh so kepalo”, boleh bergurau senda dan tiada pecah belah.

“Aspirasi saya adalah untuk melihat Kelantan semakin maju dan kalau buleh sehingga dapat melawan kemajuan Putrajaya,” katanya ketika ditemui di Pantai Irama, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Sharuddin Kadir, 58 yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Jelawat II mahu negara terus makmur dan perjuangan generasi terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan terus diingati serta disanjungi.

“Harapan saya adalah untuk melihat Malaysia mampu muncul sebagai sebuah negara yang lebih maju dan dapat bersaing dengan lain-lain negara di dunia ini. Saya mahu lihat negara sejahtera dan hidup dalam harmoni.

“Saya harap generasi baharu tidak lupa perjuangan generasi lama menuntut kemerdekaan. Walaupun tidak pernah melalui kesusahan dan kesukarannya tetapi kita semarakkan semangat Hari Merdeka dengan kibaran Jalur Gemilang,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya