LIPIS: Pusat tahfiz di Jalan Cheneras di sini yang diserang lima lelaki kerana didakwa tidak berpuas hati dengan pembayaran makanan di pusat itu sunyi tanpa pelajar.
Tinjauan mendapati kesemua pelajar diminta pulang ke rumah masing-masing dan hanya akan menyambung semula pengajian pada September ini.
Semalam, tular dua video memaparkan lima suspek bersama seorang pelajar pergi ke pusat tahfiz tersebut dengan tiga daripadanya menyerang seorang penjaga dan pelajar di pusat tahfiz itu.
.Difahamkan pusat tahfiz itu mula beroperasi pada tahun 2016 membabitkan seramai 25 pelajar majoriti dari daerah ini dan dua lagi berasal dari Gua Musang, Kelantan.
Selain itu, difahamkan seramai dua tenaga pengajar dan tiga mudir berkhidmat di pusat tahfiz itu sejak ia mula ditubuhkan. – UTUSAN