Pura-pura jadi pelanggan sebelum menyamun - Utusan Malaysia

Pura-pura jadi pelanggan sebelum menyamun

SUSPEK yang berjaya diberkas selepas cuba menyamun sebuah kedai runcit di Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Taktik seorang lelaki yang berpura-pura membeli barangan sebelum cuba menyamun menggunakan sebilah parang di sebuah kedai runcit di Jalan Berek 12 di sini hari ini gagal apabila dia dicekup oleh pemilik premis tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, suspek yang berusia 20 tahun cedera pada bahu kiri ketika melawan semasa dia ditahan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun berada di kaunter kedai runcitnya sebelum didatangi suspek yang bersenjatakan parang.

Menurutnya, suspek datang ke premis tersebut bersama seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru dan rakannya itu menunggu di dalam kereta tersebut.

“Suspek tiba-tiba mengacukan parang ke arah mangsa yang juga pemilik premis itu yang bertindak melawan sebelum berjaya menangkap lelaki itu dengan bantuan orang awam” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, semasa kejadian, isteri dan tiga anak mangsa berada di rumah yang terletak di belakang premis tersebut.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kerugian dan kecederaan. Usaha mengesan dan menangkap rakan suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya