PRU15: Undi Melayu perlu disatukan demi goyahkan DAP - Utusan Malaysia

PRU15: Undi Melayu perlu disatukan demi goyahkan DAP

ABDUL RAZIB ABDUL RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pas Pulau Pinang menyokong pendirian Pas Pusat yang mahu memfokuskan agenda penyatuan ummah serta berusaha memastikan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Ketua Penerangan Pas negeri, Abdul Razib Abdul Rahim berkata, umum mengetahui Pulau Pinang merupakan nadi utama Pakatan Harapan (PH) dan DAP, justeru agenda penyatuan ummah parti-parti Melayu lebih penting di negeri itu bagi mengekang kemenangan PH-DAP.

Menurut beliau, pertembungan parti-parti Melayu di Pulau Pinang akan merugikan politik Melayu-Islam, maka satu lawan satu harus dijadikan agenda utama di Pulau Pinang dalam PRU15.

“Islam Menyatukan Ummah merupakan slogan yang wajar digalas dan didukung oleh semua penyokong serta pendukung Pas supaya usaha menyatukan parti-parti politik Melayu dapat dijayakan selari dengan syariat dan dasar parti.

“Penyatuan ummah ini penting serta memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat agar pemerintahan DAP di Pulau Pinang dapat digoyahkan dan kepentingan Melayu-Islam di sini tidak dinafi dan dianaktirikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, tambah Abdul Razib, Pas Pulau Pinang menyeru semua pihak menghakis kepentingan peribadi dalam PRU15 dan memastikan undi Melayu-Islam dapat disatukan bagi kesejahteraan serta keharmonian rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya