Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihak

Polis sahkan terima laporan cabul didakwa babitkan pegawainya

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian cabul yang didakwa melibatkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor di sebuah rumah di Taman Sentosa, Kampar.

Suspek dikatakan melakukan perbuatan tersebut di rumahnya kira-kira pukul 10.30 malam, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada mangsa berusia 23 tahun.

Katanya, suspek telah pun dikenal pasti dan siasatan lanjut berkaitan kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Siasatan terperinci berhubung kejadian itu akan dijalankan termasuk memanggil beberapa saksi untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan seorang kerani wanita mendakwa menjadi mangsa cabul suspek ketika berada di rumah lelaki itu pada Jumaat lalu.

Menurut sumber, wanita itu dicium dan diraba pada payudara namun kejadian itu berjaya dihalang mangsa yang kemudian membuat laporan polis pada Sabtu.

Difahamkan, mangsa berjumpa suspek kerana ingin mendapatkan kepastian bagaimana lelaki itu mengenali dirinya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya