Pesta Buku Negeri Sembilan kembali selepas dua tahun tertangguh - Utusan Malaysia

Pesta Buku Negeri Sembilan kembali selepas dua tahun tertangguh

PESTA Buku Negeri Sembilan 2022 berlangsung selama empat hari sehingga 7 Ogos ini di Mydin Mall, Seremban 2, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pesta Buku Negeri Sembilan kembali diadakan pada tahun ini selepas dua tahun tertangguh penganjurannya di Mydin Mall , Seremban 2 di sini.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dalam kenyataan memaklumkan, Pesta Buku Negeri Sembilan 2022 berlangsung selama empat hari bermula semalam dan berakhir 7 Ogos ini.

Katanya, ia akan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada petang ini yang selain turut melancarkan Program Dekad Bahasa Kebangsaan dan Pelancaran Program Read and Well Reuse.

“Pesta Buku Negeri Sembilan 2022 dilihat sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat terutama di Negeri Sembilan. PPANS menyediakan ruang kepada para pencinta buku dan penyelidik untuk mendapatkan buku kegemaran mereka.

“Di pesta buku inilah tempat para penggiat industri buku seperti pembekal buku, penulis dan penerbit pelbagai latar belakang berkumpul dan  menyediakan berbagai bahan koleksi buku yang terkini sesuai dengan semua peringkat umur datang membeli,” kata kenyataan tersebut.

PPANS dalam pada itu memberitahu, selain pelbagai pempamer buku yang datang dari pelbagai syarikat terbitan menyertai pesta buku kali ini, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan dan menanti pengunjung sepanjang hari penganjuran.

“Antaranya, kemudahan dan peralatan e-Sukan yang dibawa khas dari PPANS beserta pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, pertandingan deklamasi sajak serta Bicara Buku Bersama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM).

“Turut diadakan Cabutan Bertuah Mega Bonanza pada hari terakhir dengan setiap pembeli buku bernilai RM50 ke atas di tapak pesta buku layak menyertainya,” kata kenyataan itu lagi. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya