PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,636 kes berbanding kelmarin, 2,722 kes sekali gus diatasi 3,206 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 791 kes diikuti Perak (283), Sabah (265), Kuala Lumpur (231), Kedah (124), Sarawak (120), Negeri Sembilan (161), Pinang Pinang (112). Melaka (109) dan Johor (106).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Kelantan (85), Putrajaya (82), Pahang (75), Terengganu (71), Labuan, (11) dan Perlis, 10 kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 463 orang berbanding kelmarin, 438 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 67 kes berbanding jumlah kelmarin, 68 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 36 kes berbanding jumlah kelmarin, 41 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 35 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,066 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 11 kes bersamaan jumlah kelmarin, 11 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,177 kes.
Manakala, lima kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,689 kes. –UTUSAN ONLINE