Muhammadiyah merupakan pertubuhan besar di Indonesia d

Perlis dan Muhammadiyah Indonesia punyai persamaan bebas pemikiran amalan ritual

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) berkenan berangkat menerima taklimat dan meninjau kerja-kerja pengubahsuaian bangunan Wisma Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Uniciti Sungai Chuchoh, Padang Besar, Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlis dan Muhammadiyah Indonesia mempunyai banyak persamaan khususnya bagi membebaskan pemikiran, amalan dan ritual tanpa dasar kukuh dalam agama di samping melakukan semakan semula dalil berdasarkan al-Quran serta sunnah.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, walaupun berdepan pelbagai kesukaran dan cabaran dalam membawa perjuangan itu, namun, ia bukannya alasan untuk tidak meneruskan usaha baik tersebut.

“Satu kesungguhan itu tidak dinilai daripada hasilnya tapi keikhlasan dan kesanggupannya dalam memastikan sesuatu objektif mencapai sasarannya,” titah baginda yang berkenan berangkat menerima taklimat dan meninjau kerja-kerja pengubahsuaian bangunan Wisma Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Uniciti Sungai Chuchoh di sini hari ini.

Wisma MAIPs itu diubah suai berikutan bakal dijadikan sebagai kampus Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM).

Muhammadiyah merupakan pertubuhan besar di Indonesia dan ketika ini, ia memiliki 118 buah hospital, 450 klinik perubatan, 172 Institusi pengajian tinggi, 349 pesanteren, 9,000 sekolah rendah dan menengah serta 22,000 taman asuhan kanak-kanak. 

Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin sewaktu tinjauan berkenaan disambut oleh Rektor UMAM, Dr. Waluyo Adi Siswanto.

Hadir sama, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam perkembangan sama, Tuanku Syed Faizuddin turut menitahkan agar semua pihak dapat menggembeleng usaha bagi mempercepatkan proses menjadikan Wisma MAIPs itu sebagai kampus UMAM.

Sementara itu, Dr. Waluyo berkata, sekiranya semua keputusan permohonan dan kelulusan diperolehi segera, operasi UMAM dijangka akan bermula di Perlis pada suku terakhir tahun ini.

“Pengambilan pelajar-pelajar sulung institusi ini juga dijangka akan bermula Februari 2023 akan datang,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya