Perkenal lesen mesra Islam kepada gerai dan restoran - Utusan Malaysia

Perkenal lesen mesra Islam kepada gerai dan restoran

TANGKAP layar video tular membabitkan peniaga nasi ayam di Sungai Ara, Pulau Pinang yang menjadi kontroversi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pertubuhan Pembangunan Ummah Pulau Pinang menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan lesen mesra Islam kepada premis makanan di negeri ini untuk menjaga hak-hak pelanggan Islam.

Pengerusinya, Dr. Zaki Ibrahim berkata, umat Islam di Pulau Pinang berhak berasa selesa apabila keluar menjamu selera di premis yang diurus selia dengan garis panduan yang menjaga kehormatan pelanggan Muslim. 

“Kami mencadangkan JHEAIPP diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen mesra Muslim kepada gerai makanan dan restoran. 

”Garis panduan untuk mendapat sijil pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah lebih baik, tetapi, kita sedia maklum cabaran dan proses yang panjang untuk mendapat pengiktirafan halal itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini tular dalam media sosial mengenai dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara dekat sini yang didakwa mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik di kedai peniaga bukan Islam.

JHEAIPP kemudian mengesahkan kedua-dua premis di Sungai Ara dan Persiaran Gurney itu tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut Zaki, lesen mesra Muslim adalah langkah yang lebih praktikal dan lesen itu dikeluarkan oleh Unit Halal JHEAIPP serta diberi kuasa untuk menjalankan pemantauan.

Sementara itu, katanya, pihak berkuasa agama Islam di Pulau Pinang juga perlu menyediakan mekanisme yang lebih komprehensif supaya insiden tular membabitkan premis makanan di Sungai Ara dan Persiaran Gurney tidak berulang.

”Insiden ini mencemar imej Pulau Pinang apabila peniaga sebegini mementingkan keuntungan daripada tanggung jawab dan menghormati pengunjung Islam,” katanya.

Tambah beliau, kekeliruan berlaku apabila pekerja-pekerja kedai itu adalah orang Islam dan proses penyediaan makanan berlaku di tempat berasingan. 

”Perkara ini juga disahkan oleh JHEAIPP yang mendapati makanan dimasak di cawangan Persiaran Gurney turut dibawa untuk dijual di gerai Sungai Ara,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya