Perbicaraan bermula, Najib ke mahkamah bertali leher merah

Perbicaraan bermula, Najib ke mahkamah bertali leher merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru bermula.

Najib dilihat memakai sut biru gelap, kemeja putih dan tali leher merah serta pelitup muka putih dan duduk di kandang tertuduh.

Turut hadir dalam dewan mahkamah ialah beberapa pegawai penjara yang dilihat duduk di galeri awam, belakang Najib.

Bagaimanapun, pada ketika ini, kelibat ahli keluarga Najib tidak kelihatan di dalam dewan mahkamah.

Perbicaraan diteruskan dengan soal balas terhadap saksi pendakwaan ke-65, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd. Desa.

Soal balas dikendalikan oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya