Penyanyi dangdut, Sheeda kemalangan di Jempol - Utusan Malaysia

Penyanyi dangdut, Sheeda kemalangan di Jempol

PENYANYI dangdut, Sheeda atau nama sebenarnya Sayyida Beevi M. Shahul Hameed, 59, terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Penyanyi dangdut, Sheeda atau nama sebenarnya Sayyida Beevi M. Shahul Hameed, 59, terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Kampung Baru Air Hitam, di sini, petang semalam.

KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan membabitkan penyanyi dangdut, Sheeda, di Jalan Kampung Baru Air Hitam, Jempol petang semalam.-GAMBAR/IHSAN POLIS

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandu Sheeda sedang bergerak dari Kampung Baru Air Hitam menuju ke Kuala Lumpur. 

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat sebuah kenderaan iaitu kereta jenis Proton Wira dari arah simpang sebelah kiri keluar dan melanggar di bahagian hadapan sebelah kiri kenderaan Perodua Myvi tersebut.

“Pelanggaran menyebabkan pemandu kenderaan jenis Proton Wira iaitu lelaki berumur 25 tahun mengalami kecederaan sakit di dada. Sheeda pula tidak mengalami kecederaan. 

“Pihak terlibat telah hadir membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Rule3(2)(B) LN 166/59. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya