Peninju Muay Thai maut akibat pendarahan otak  - Utusan Malaysia

Peninju Muay Thai maut akibat pendarahan otak 

CHAENGKHAO maut akibat pendarahan otak selepas tewas dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di padang sebuah kolej di Kampung Che Deris, Badang, Kota Bharu, Kelantan kelmarin.-IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang peninju Thailand maut akibat pendarahan otak selepas tewas dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di padang sebuah kolej di Kampung Che Deris, Badang di sini, semalam.

Mangsa, Mr. Kittichai Chaengkhao, 28, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.57 pagi semasa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil siasatan mendapati semasa kejadian malam kelmarin mangsa sedang berlawan dengan seorang peninju tempatan berusia 29 tahun.

Menurutnya, mangsa yang dikatakan sudah kalah ketika itu  berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Sebelum itu, mangsa yang berasal dari negara jiran itu dibawa ke Klinik Kesihatan Badang untuk mendapatkan rawatan awal.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan HRPZ II  selepas hampir 10 jam menerima rawatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, siasatan mendapati mangsa memasuki negeri ini secara sah dan mempunyai dokumen yang lengkap untuk menyertai perlawanan Muay Thai.

Katanya, mayat mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan(CIQS) Rantau Panjang sebelum diserahkan kepada waris pada pukul 8 malam semalam.

“Polis sudah mengambil keterangan daripada pihak penganjur untuk membantu siasatan.

“Kita mengesahkan penganjur mempunyai permit untuk mengadakan perlawanan tersebut dan kes berkenaan diklasifikasikan mati mengejut,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya