Pendaftaran lepasan SPM ke Kolej Komuniti Pasir Mas merosot -

Pendaftaran lepasan SPM ke Kolej Komuniti Pasir Mas merosot

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat semakin tidak berminat untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi termasuk Kolej Komuniti.

Situasi itu dapat dilihat apabila kemasukan ke Kolej Komuniti Pasir Mas di sini menunjukkan penurunan sebanyak 20 peratus berbanding tahun lalu.

Pengarah Kolej Komuniti Pasir Mas, Fathuddin Aizat Che Mohd. Ariff bagaimanapun berkata, pelbagai usaha promosi masih diteruskan bagi menarik pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian di kolej berkenaan.

FATHUDDIN Aizat Che Mohd. Ariff ketika ditemui Utusan Malaysia. -UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED

“Antara usaha yang telah kita ambil ialah dengan turun ke sekolah-sekolah dan masuk ke kawasan perkampungan untuk menarik minat lepasan SPM menyambung pengajian.

“Kolej Komuniti lebih menumpukan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan SPM kurang memberangsangkan dan tidak berpeluang ke institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya selepas diminta mengulas mengenai lepasan SPM yang kurang berminat menyambung pengajian semasa ditemui pada pelepasan Program POLYCC@ Merdeka Fun Run 2022 di dataran Masjid Ismaili di Pasir Pekan, di sini hari ini.

Fathuddin Aizat memberitahu, dia berharap melalui usaha promosi dan program outreach itu dapat menarik pelajar-pelajar yang tertinggal daripada mengikuti pengajian tinggi untuk menyambung pengajian.

Katanya, ramai juga dalam kalangan keluarga B40 tersalah anggap mengatakan kolej komuniti adalah kolej swasta dan bukan kolej di bawah kelolaan kerajaan.

“Malah ramai tidak tahu bahawa Kolej Komuniti menyediakan elaun sara hidup sebanyak RM1,800 bagi satu semester untuk pelajar-pelajar dari kalangan keluarga B40,” ujarnya. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya