Terdahulu, satu dokumen penghakiman dimuatnaik oleh satu portal

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Dokumen penghakiman kes membabitkan rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibocorkan oleh sebuah portal merupakan deraf yang belum dimuktamadkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas pejabat itu lagi, penghakiman muktamad hanya disampaikan di mahkamah terbuka pada lebih kurang pukul 4 petang pada tarikh yang sama.

“Didapati bahawa dokumen yang bocor itu telah diubahsuai,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, satu dokumen penghakiman dimuatnaik oleh satu portal Malaysia Today bertajuk Najib Razak’s SRC Appeal: THE JUDGEMENT yang disiarkan hari ini.

Didapati wujud 172 perbezaan kandungan antara dokumen ditularkan dengan dokumen penghakiman yang utama.

Oleh demikian pejabat itu menegaskan bahawa Badan Kehakiman tidak akan diganggu-gugat oleh perbuatan-perbuatan menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan integriti sistem kehakiman negara.

“Perbuatan ini merupakan suatu tindakan sengaja untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan.

“Penyiasatan dalaman telah pun dimulakan dan laporan polis telah dibuat,” kata kenyataan itu.

Perkara itu menyebabkan Najib menuntut memberi penjelasan segera berhubung dokumen tular tersebut.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya