Peguam bincang langkah seterusnya

Peguam bincang langkah seterusnya

HISYAM TEH POH TEIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak akan berbincang tentang keperluan untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, pihaknya setakat ini tidak dapat memberikan maklum balas berhubung perkara itu.

Katanya lagi, pihaknya amat sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa anak guamnya tu.

“Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan keadilan se­ba­ik­nya kepada Datuk Seri Najib, tetapi keputusan tidak menyebelahi kami.

“Pasukan pembelaan sentiasa ingin yang terbaik buat anak guam kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib di sini semalam.

Terdahulu, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Hukuman penjara itu ber­kuat ­kuasa semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya