Peguam akan bincang semak keputusan - Utusan Malaysia

Peguam akan bincang semak keputusan

KELIHATAN kenderaan hitam Inokom nombor pendaftaran WWE 5869 yang membawa Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan pihaknya berbincang terhadap keperluan untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, pihaknya tidak dapat memberikan maklum balas berhubung perkara itu pada setakat.

Katanya lagi, pihaknya amat sedih dan simpati dengan nasib menimpa anak guamnya.

“Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan keadilan sebaiknya kepada Datuk Seri Najib, tetapi keputusan tidak menyebelahi kami.

“Pasukan pembelaan sentiasa ingin terbaik buat anak guam kami,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya