PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat 20 pegawai kanan 

PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat 20 pegawai kanan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat melibatkan 20 pegawai kanannya berkuat kuasa pada 12 September ini.

Mendahului senarai adalah Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman, Datuk Baharuddin Ahmad yang bertukar ke Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, Bukit Aman.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri pula akan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Katanya, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Alwi Zainal Abidin ditukar ke Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku jawatan Deputi Komisioner Polis (DCP).

“Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunselling) Bahagian Agama dan Kaunselling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Ghazali Daud pula bertukar sebagai Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunselling) JIPS Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noorsiah berkata, pertukaran tersebut melibatkan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Perundangan) PDRM, Urusetia Pejabat KPN Bukit Aman iaitu Senior Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof bertukar ke Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.

“Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Ulu Kinta, Perak, Datuk Abdul Razak Mohd Yusoff pula akan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak Senior Asisten Komisioner Gilberd Philip Layang pula bertukar ke Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN