PBB terbuka terima Ahli-ahli Parlimen dari Johor - Utusan Malaysia

PBB terbuka terima Ahli-ahli Parlimen dari Johor

FADILLAH YUSOF dalam sidang akbar selepas menyertai FTRoadpedia Zon Selatan 2.0 di Jalan Johor, Taman Sri Lalang, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) terbuka sekiranya ada ahli Parlimen negeri itu mahu menyertai parti tersebut.

Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bagaimanapun perkara perlu dibincangkan bersama-sama parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mendapatkan persetujuan.

“Kita terbuka tetapi ada prinsip dalam kalangan parti komponen GPS, apa pun kita kena bincang dengan parti komponen lain dan bukan sahaja PBB. Ini kerana kita adalah dalam sebuah komponen,” katanya dalam sidang akhbar sempena FTRoadpedia Zon Selatan 2.0 di Jalan Johor, Taman Sri Lalang hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian ketika mengulas dakwaan beberapa lagi Ahli Parlimen dari negeri itu akan menyertai PBB menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada 6 Ogos lalu, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongi menamatkan spekulasi apabila sah menyertai PBB.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu sebelum ini menang kerusi Parlimen itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU14 sebelum meninggalkan PKR menerusi ‘Langkah Sheraton’ pada awal 2020 dan bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ditanya mengenai pendirian GPS sama ada akan bersama-sama Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN) pada PRU15, Fadillah  berkata, perkara itu akan diputuskan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Beliau yang juga Ketua Whip GPS berkata, keutamaan gabungan tersebut ketika ini adalah bagi memastikan kestabilan politik. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya