Padah cederakan remaja 13 tahun, bekas guru didenda RM3,800 -

Padah cederakan remaja 13 tahun, bekas guru didenda RM3,800

SIOW Chu Lee (kanan) meninggalkan Mahkamah Rembau selepas dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,800 oleh Mahkamah Majistret Rembau kerana mencederakan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun pada bulan Jun lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang bekas guru mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Rembau di sini, hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun, pada bulan Jun lalu.

Tertuduh, Siow Chu Lee, 44, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pada 20 Jun lalu, kira-kira pukul 2.10 petang di tepi Dewan Agora Rembau dengan sengaja menyebabkan cedera kepada seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di telinga dan bahu bahagian kiri.

Tertuduh menggunakan penggelek cat yang merupakan suatu alat yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang mungkin menyebabkan kematian. 

Oleh yang demikian, tertuduh melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang menaiki kereta jenis Perodua Kembara datang ke arah mangsa dan memarahi mangsa dan mengganggu anaknya di sekolah.

Pada masa yang sama, tertuduh memukul mangsa dengan sebatang penggelek cat yang dibawa bersama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng manakala tertuduh diwakili peguam, R. Jayaprakash.

Jayaprakash dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman denda yang ringan dengan mengambil kira pengakuan bersalah dan permohonan maaf tertuduh.

Kartini kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM3,800 terhadap tertuduh atau penjara 10 bulan jika denda itu gagal dibayar. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya