NUTP gembira, cuti rehat khas tambahan dapat 5 hari - Utusan Malaysia

NUTP gembira, cuti rehat khas tambahan dapat 5 hari

AMINUDDIN Awang pada majlis MoU antara NUTP dengan Syarikat Takaful Malaysia di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mengakui terkejut dan gembira dengan tambahan Kadar Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak lima hari sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, pihaknya hanya menuntut tambahan empat hari berbanding 10 hari diberikan sebelum ini, namun Perdana Menteri memberi bonus satu hari lagi menjadikan jumlah CRK sebanyak 15 hari.

Beliau berkata, pihaknya tidak menyangka tuntutan NUTP itu diperoleh, malah, dapat ‘bonus’ lagi satu hari.

“Kita dapat lebih daripada apa yang kita tuntut. Sehingga minggu lepas pun, kita hanya berharap kerajaan dapat luluskan 14 hari sahaja.

“Kami berharap tambahan CRK ini membolehkan guru dalam mengumpul cuti untuk ditukar kepada wang tunai menerusi Gantian Cuti Rehat (GCR) ketika bersara kelak.

“Guru mungkin tidak dapat mengumpul sehingga GCR sehingga 180 hari, namun, sekurang-kurangnya tambahan cuti yang dikumpul semakin bertambah,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani MoU antara NUTP dan Takaful Am Malaysia hari ini.

Katanya, kebiasaannya guru hanya menggunakan lima daripada 10 hari CRK dalam setahun untuk tujuan kecemasan dan kegunaan peribadi, malah, boleh mengumpul sehingga 80 hari GCR ketika bersara.

Bagaimanapun, katanya, menerusi tambahan CRK itu, guru kini boleh mengumpul sehingga 120 hari sepanjang perkhidmatannya.

Kerajaan hari ini memberikan tambahan kadar CRK sebanyak lima hari menjadikan jumlah CRK 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tambahan Cuti Rehat Khas itu akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru.

Cuti ini sekali gus memberikan urusan mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru mengumpul jumlah GCR lebih tinggi. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya