Najib masih ditempatkan di Penjara Kajang  - Utusan Malaysia

Najib masih ditempatkan di Penjara Kajang 

PENJARA Kajang- gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pegawai khas, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad Lutfi Azhar mengesahkan Ahli Parlimen berkenaan masih ditempatkan di Penjara Kajang bagi menjalani hukuman.

Ahmad Lutfi ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui sama ada Bekas Perdana Menteri berkenaan akan dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh.

Kata beliau, sejak hari pertama menjalani hukuman di Penjara Kajang,  hari ini merupakan kali pertama pemimpin berkenaan bertemu keluarganya di mahkamah. 

“Setakat ini, beliau akan berada di Kajang. Semenjak hari pertama di sana, hanya pihak peguam ada bertemu beliau,” katanya ringkas. 

Terdahulu, kira-kira 20 penyokong Najib melaungkan “Bossku”  dan “Lawan” di luar pintu masuk Mahkamah Kuala Lumpur mengiringi kenderaan yang dinaiki  Bekas Perdana Menteri itu yang bergerak keluar daripada mahkamah kira-kira pukul 4.20 petang. 

Najib meninggalkan kompleks mahkamah menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya