“Murid-murid memakai baju tradisional mengikut kaum masing-mas

Murid-murid Sekolah Tengku Budriah berbusana tradisional sambut merdeka

MD. Nazir Nik Ali (dua dari kanan) bergambar bersama murid-murid yang memperagakan pakaian tradisional pelbagai kaum sempena sambutan Ambang Merdeka Sekolah Tengku Budriah (STB), Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Telatah, gaya dan keanggunan murid-murid Sekolah Tengku Budriah (STB) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum memperagakan pakaian tradisional mewarnai sambutan Ambang Merdeka peringkat sekolah berkenaan di sini hari ini.

Selepas dua tahun tidak dapat diraikan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19, sambutan ambang merdeka tersebut disambut dalam suasana penuh meriah.

Kanak-kanak yang hadir pada majlis itu dilihat cukup kreatif dalam memperagakan pakaian tradisional seperti kepahlawanan Melayu selain busana mengikut kaum dan budaya masing-masing.

Guru Besar STB, Md. Nazir Nik Ali berkata, sambutan Ambang Merdeka STB yang bermula dari pukul 9 pagi sehingga 1 tengah hari itu diraikan dalam suasana penuh meriah.

Katanya, antara aktiviti diadakan seperti pertandingan pakaian tradisional melibatkan murid-murid sekolah berkenaan.

“Murid-murid memakai baju tradisional mengikut kaum masing-masing. Murid-murid sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, India, Siam, Kadazan dan pelbagai lagi kaum lain,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambah Md. Nazir, pelbagai pihak khususnya guru-guru, ibu bapa khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut banyak membantu dalam menjayakan majlis ambang merdeka ini.

“Pada tahun ini, sambutan meriah sangat dengan persiapan anak-anak sekolah, ibu bapa dalam menjayakan sambutan berkenaan. Kita juga disokong oleh Bank Rakyat yang menaja kek kemerdekaan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya