Muhammad Shafee muncul bantu peguam Najib - Utusan Malaysia

Muhammad Shafee muncul bantu peguam Najib

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat kemunculan semula dalam rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Kemunculan itu didakwa untuk membantu peguam terkini Najib, Hisyam Teh Poh Teik dalam permohonan Ahli Parlimen Pekan itu agar Ketua Hakim Negara (KHN), Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar dan memutuskan rayuan tersebut.

Terdahulu, ketika mahkamah mula bersidang, Hisyam memohon masa tambahan selama 10 minit bagi menunggu Muhammad Shafee yang kini dalam perjalanan ke Mahkamah.

KHN: Bukan dia telah ditamatkan perkhidmatan?
Hisyam: Saya secara peribadi memohon beliau membantu saya.

Penangguhan itu bagaimanapun tidak dibenarkan dan Hisyam kini sedang berhujah dalam permohonan agar Hakim Tengku Maimun menarik diri.

Kira-kira 10 minit selepas Hisyam berhujah, Muhammad Shafee muncul bagi menyambung hujahan.

Pada ketika ini, Muhammad Shafee memaklumkan mahkamah bahawa pada ketika ini, kehadirannya bukanlah satu konspirasi untuk melengahkan atau menangguhkan perbicaraan. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya