LCS: Kenyataan PAC bukan pandangan peribadi - Wong Kah Woh

LCS: Kenyataan PAC bukan pandangan peribadi – Wong Kah Woh

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini dalam Parlimen, bukan pandangan peribadi.

Sebaliknya, Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata, kenyataan itu dibuat secara persetujuan bersama antara anggota jawatan kuasa tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai membidas dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berkata terdapat fakta tidak tepat kenyataan PAC tersebut.

Dalam satu kiriman di Facebook semalam, Najib berkata PAC yang dipengerusikan oleh Kah Woh, yang didakwanya masih memegang jawatan Ketua Pemuda DAP.

Kata Najib lagi, sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH telah melewatkan projek itu dan membekukan sepenuhnya pada 2019.

WONG KAH WOH

Menjawab kritikan Najib, Kah Woh berkata, tidak seperti dakwaan dibuat Najib, beliau bukan lagi mememgang jawatan Ketua Pemuda DAP.

“Saya bukan lagi Ketua Pemuda DAP. Sudah empat tahun saya lepas jawatan. Boleh Google. Fakta mudah macam ini tak patut salah, sebab nanti PM6 (Najib) mahu bincang LCS itu yang lagi teknikal, lagi cenderung salah.

“PM6 kata kenyataan Pengerusi PAC salah. Saya hendak bagi tahu kenyataan Pengerusi PAC itu adalah berdasarkan pendapat, rumusan dan syor persetujuan secara konsensus PAC selepas hampir dua tahun siasatan isu ini. Bukan pandangan Pengerusi PAC sendiri,” katanya di Facebook, semalam.

Menjelaskan lanjut Kah Woh berkata, nilai kontrak adalah berjumlah RM9.12 bilion, dan pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan berjumlah RM6 bilion seperti yang didakwa oleh Najib

“PM6 kata, ada salah faham bajet projek LCS adalah RM6 bilion dan angka RM9 bilion itu adalah sebab kos bertambah RM3 bilion.

“Saya tidak faham apa salah faham PM6. Mungkin PM6 salah faham apa yang PM6 salah faham. Mungkin PM6 tidak membaca Laporan penuh PAC. Tak mengapa, saya bagi bebenang laporan penuh PAC, baca muka surat 6 saja, ambil sedikit latar belakang. PAC kata nilai kontrak RM9.128 bilion, bila kata bajet hanya RM6 bilion?” soalnya.

Isu LCS mula mencetuskan kontroversi apabila  dalam kenyataan baru-baru ini berkata, kontrak projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) secara rundingan terus, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya