Lapor KPM jika bangunan sekolah ada masalah pendawaian elektrik - Utusan Malaysia

Lapor KPM jika bangunan sekolah ada masalah pendawaian elektrik

MAH Hang Soon menaiki jengkaut sebagai simbolik majlis pecah tanah pembinaan Dewan Terbuka SMK Slim dekat Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Pihak sekolah perlu melaporkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya terdapat bangunan lama yang memerlukan perhatian segera terutamanya melibatkan masalah pendawaian elektrik.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pengetua atau guru besar perlu memainkan peranan selain menitikberatkan soal keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah.

Menurutnya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K), beliau sentiasa berbincang bagaimana memastikan persekitaran sekolah selamat, bersih dan sihat untuk pelajar dan guru.

“Kita ada banyak sekolah dan institusi, lebih 10,000 sekolah di bawah jagaan KPM termasuk institusi yang lain, jadi satu ini organisasi yang cukup besar.

“Mana-mana bangunan lama yang perlukan perhatian, maka perlu pihak sekolah laporkan dan pada waktu yang sama kita akan melihat mekanisme bagaimana untuk memastikan ia dapat dijalankan secara berkala,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Slim, Slim River di sini hari ini.

Beliau mengulas saranan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun agar pihak berwajib membuat pemeriksaan berkala terhadap sistem pendawaian elektrik di sekolah terutama yang berusia lebih 10 tahun sebagai langkah keselamatan.

Aminuddin memberikan cadangan itu ketika melawat bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas yang terbakar  pada Ahad lalu.

Hang Soon berkata, KPM sentiasa mengambil langkah proaktif serta mencari penyelesaian disamping meneliti masalah yang wujud dalam memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

“Kadang-kadang, ada masalah tertentu berlaku dan saya lihat setiap masalah yang wujud kita ambil langkah proaktif dalam mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, pembinaan Dewan Terbuka SMK Slim yang bernilai RM394,000 dijangka siap November ini. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya