Kereta Tunku Idris calar 'digesel' BMW Singapura

Kereta Tunku Idris calar ‘digesel’ BMW Singapura

TUNKU IDRIS berkongsi gambar keadaan keretanya dalam kejadian di Jalan Serampang, Taman Pelangi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berkongsi kekecewaan dalam Instagram apabila kereta kesayangannya calar ‘digesel’ sebuah kereta BMW di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi di sini hari ini. 

Tunku Idris turut berkongsi gambar kedua-dua kereta tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu.

Menurut rakaman CCTV tersebut, kejadian berlaku pada pukul 2.17 petang ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu masuk ke ruang parkir yang kosong.

Video berdurasi 60 saat itu menunjukkan pemandu lelaki keluar daripada kenderaan tersebut dan berlalu pergi melewati kenderaan Tunku Idris tanpa melihat sekiranya berlaku kerosakan atau tidak. 

Difahamkan, kereta dipandu Tunku Idris ialah kenderaan elektrik buatan Honda, iaitu Honda e, kereta yang menggunakan 100 peratus elektrik.

Menurut maklumat yang dikongsikan sebuah portal automobil terkenal, harga kereta itu bermula RM210,000 bagi pasaran Malaysia 

Turut difahamkan hanya terdapat empat unit sahaja kereta model itu yang berada di Malaysia dan salah sebuahnya dimiliki oleh Tunku Idris. 

Diminta mengulas kejadian itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum tentang kejadian tersebut. 

Laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan. 

“Bagi tindakan seterusnya, kita akan tunggu hasil siasatan nanti,” jawabnya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya