Keadaan di sekitar Penjara Kajang tenang, terkawal - Utusan Malaysia

Keadaan di sekitar Penjara Kajang tenang, terkawal

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keadaan di sekitar Penjara Kajang dilaporkan terkawal selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abd Razak ditempatkan di penjara itu untuk menjalani hukuman.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya bagaimanapun akan memantau di lokasi berkenaan dari masa ke semasa.

“Semuanya terkawal,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Najib tiba di penjara berkenaan kira-kira pukul 6.45 petang semalam selepas panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah turut mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding berkenaan, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa semalam.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya