"Keutamaan kita adalah PRU15. Kita mesti menang, kalau kalah

Kalau kalah PRU15 saya lepaskan jawatan timbalan presiden – Tok Mat

Para perwakilan Wanita Barisan Nasional bergambar bersama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hassan, pada Konvensyen Wanita BN, di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah peluang terakhir Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir Kerajaan Persekutuan. 

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, jika BN gagal meraih kemenangan dalam pilihan raya kali ini, peluang untuk menang dalam pilihan raya akan datang lebih sukar.

Malah katanya, jika BN tewas kali beliaun akan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.

“Keutamaan kita adalah PRU15. Kita mesti menang, kalau kalah, siapa nak jawatan timbalan presiden, ambillah. Saya sanggup. Jujurnya, kalau parti kalah, bagilah kepada orang muda ke, siapa-siapa nak..ambil, tetapi selagi kita berhadapan dengan PRU-15, keutamaan saya sebagai pengarah pilihan raya, komitmen saya adalah menang.

“BN mesti menang, kalau tak menang, susah nak bangun semula. Jadi, inilah peluang terakhir untuk kita membuktikan dan bangkit semula untuk menawan Putrajaya,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Jelasnya lagi, pertarungan PRU15 cukup berbeza kerana BN perlu bersaing dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Sangat sukar sebenarnya untuk kita tawan Putrajaya, pengundi mungkin sudah selesa dengan kerajaan sedia ada atau mereka mahukan PH. Sebab itu, kita perlu bangkit dan menang. 

“Ini pertarungan terakhir, hidup atau mati, kalau nak hidup, menang PRU15, kalau tidak saya mengalah,” katanya.

Di sebalik itu, Timbalan Presiden UMNO itu yakin BN boleh meraih kemenangan berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh BN semasa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN).

“Sebanyak tujuh PRK kita dapat sokongan rakyat, PRN di Sabah, Melaka dan Johor, rakyat telah beri mandat kepada BN, bukan menang sikit-sikit, bukan menang biasa-biasa, ini menang luar biasa,” katanya.

Namun, beliau menggesa semua jentera parti supaya tidak mencetuskan sebarang perbalahan yang boleh memecah belahkan parti.

“Kalau nak menang, jangan ada perbalahan. Saya dapat menghidu di negeri-negeri, itu sebabnya ada negeri yang ada sedikit masalah, ada yang banyak, saya mempunyai deria hiduan yang tinggi, saya boleh hidu sesuatu yang betul-betul bermasalah.

“Jadi, jangan kita bertelagah dalaman, kalau bertelagah, orang kata muafakat punca kita selamat sengketa punca celaka, jadi kalau bersengketa, kecelakaanlah yang akan menimpa kita. Muafakat elok-elok supaya kita dapat harungi PRU15 dengan kesepakatan dan kesepaduan parti,” katanya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya