Jangan ada pegawai tentera berpolitik rebut jawatan - Sultan Johor

Jangan ada pegawai tentera berpolitik rebut jawatan – Sultan Johor

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-57 di Padang Kawad Markas 21, Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan supaya tiada pegawai tentera, khususnya daripada Rejimen Gerak Khas ‘berpolitik’ untuk mendapatkan pangkat dan jawatan.

Jika didapati ada pihak berbuat demikian, baginda akan berundur daripada menjadi Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.

“Bagi mengukuhkan Kor Gerak Khas, perancangan sumber manusia yang lebih tersusun mesti dibuat supaya pegawai pelapis berkualiti dapat dihasilkan secara berterusan.

“Justeru, jangan ada pegawai yang berpolitik untuk mendapatkan pangkat atau jawatan tertentu kerana saya sendiri akan meneliti segala urusan kenaikan pangkat serta penempatan pegawai yang terlibat.

“Saya harap selepas ini, pihak Panglima Tentera Darat dan Panglima Gerak Khas jangan pandai-pandai buat keputusan kenaikan pangkat tanpa merujuk kepada saya dahulu,” titah baginda pada Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-57 di Padang Kawad Markas 21, Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing, hari ini.

Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim bertitah, penilaian akan dibuat mengikut merit dan bersandarkan latar belakang serta prestasi pegawai berkenaan. 

“Saya tidak mahu ada unsur pilih kasih atau mengikut kem tertentu. Suka juga saya ingatkan bahawa segala perjawatan dan pangkat yang telah diperuntukkan kepada Gerak Khas tidak boleh diberikan atau dipinjamkan kepada Kor lain.

“Jangan ada pihak yang memandang GGK dengan sebelah mata. Jika ada pihak yang membelakangkan saya, maka saya rasa tidak perlu lagi untuk terus menjadi Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya