Istiadat 'mandi keris' bukan satu amalan khurafat - Utusan Malaysia

Istiadat ‘mandi keris’ bukan satu amalan khurafat

ABU Aswad Zakaria Al Kubra (kiri) ketika dalam Istiadat Melangir Senjata Warisan Istiadat Melayu Silam di Madrasah Ahbabul Mustafa Al-Islamiah di Kampung Menjual, Tumpat, Kelantan. UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Istiadat mandi keris atau melanggir bukan amalan khurafat yang sering disalah erti dengan mengaitkannya sebagai upacara memuja senjata tradisi Orang Melayu itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mudir Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah, Abu Aswad Zakaria Al Kubra berkata, golongan yang mengatakan istiadat itu sebagai satu upacara khurafat boleh disifatkan sebagai mereka yang tidak mengetahui budaya warisan bangsa itu.

“Mereka anggap khurafat sebab dikaitkan puja keris, padahal ini istiadat awet keris lama. Bilah yang hancur dimakan karat dan kita melanggirnya dengan cara merendamkan senjata itu dalam air kelapa.

“Selepas itu, keris tersebut akan diasah dengan limau nipis yang perlu melalui tujuh langkah proses melanggir,” katanya di sini semalam.

Abu Aswad memberitahu, upacara melanggir keris itu diadakan setiap kali tibanya bulan Muharam bagi mengikut junjungan besar Nabi Muhammad yang membersihkan senjata pada bulan tersebut.

Katanya, sebanyak 300 bilah keris dibersihkan di pusat pengajian berkenaan yang bermula penghujung Julai hingga 5 Ogos lalu.

“Kemuncaknya acara ini ialah sembilan bilah keris kebesaran diraja dalam istiadat Melanggir Senjata Warisan Istiadat Melayu Silam semalam. Sudah 7 tahun istiadat melanggir keris ini dijalankan dengan penuh adat istiadat. Selain itu, kita turut membuka kepada peluang kepada orang ramai untuk memiliki keris melanggir keris.

“Ada dalam kalangan peminat senjata ini datang dari Patani, Thailand. Saya mempunyai lebih 100 bilah termasuk keris antik, purba dan keris baru dan ada keris yang berasal dari Patani, Thailand,” ujarnya.

Tambahnya, kategori keris antik yang berada dalam koleksinya berusia 200 hingga 500 tahun dan manakala purba berusia 500 tahun ke atas. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya