Isteri berhenti kerja jaga suami lumpuh separuh badan -

Isteri berhenti kerja jaga suami lumpuh separuh badan

ROZILAWATI Ismail (kanan) menjaga Mohd. Hairol Yusof yang terlantar lumpuh akibat diserang angin ahmar, bulan lalu di kediaman mereka di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bermula dengan sakit kepala, seorang pengutip buah kelapa sawit yang bekerja di Felda Bukit Goh di sini tidak menyangka akan terlantar lumpuh separuh badan diserang angin ahmar awal Ogos lalu.

Isterinya, Rozilawati Ismail, 42, berkata, dia tidak menyangka sakit kepala yang dialami suaminya, Mohd. Hairol Yusof, 43, menjadi parah.

“Julai lalu, suami saya mengadu mengalami kesukaran untuk angkat tangan kiri ketika bersolat dan kami segera bawa dia ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. 

“Hasil pemeriksaan doktor, terdapat darah beku pada otaknya dan doktor segera melakukan pembedahan dua minggu lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rozilawati yang bekerja sebagai pembantu kantin di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas)  Kuantan terpaksa berhenti bekerja bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada aspek kebajikan Mohd. Hairol. 

Beliau berkata, banyak barang keperluan khas yang perlu disediakan untuk rawatan suami dan kos tersebut cukup tinggi buatnya.

Katanya lagi, sedikit sebanyak mereka memerlukan sumbangan dan bantuan orang ramai kerana tidak berkemampuan menanggung kos rawatannya itu.

“Suami memerlukan susu khas dan lampin pakai buang yang dianggarkan mencecah RM1,500 sebulan.

“Kami juga masih mempunyai anak yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu dan turut perlu diberikan perhatian. Buat masa ini, kalau adalah pihak yang ingin memberikan sedikit bantuan untuk membantu, kami bersyukur sangat,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang menerusi akaun Maybank 156226364921 atau menghubungi Rozilawati di talian 01110899937. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya