Imigresen, LHDN kongsi maklumat elak ketirisan cukai ekspatriat

Imigresen, LHDN kongsi maklumat elak ketirisan cukai ekspatriat

KETUA Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (tiga dari kanan) menyaksikan pertukaran MoU antara Khairul Dzaimee Daud (dua dari kanan) dengan Mohd. Nizom Sairi di Cyberjaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Selepas dua tahun tertangguh akibat Covid-19, Jabatan Imigresen Malaysia menyambung semula memorandum persefahaman (MoU) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meneruskan kerjasama perkongsian maklumat berkenaan ekspatriat di negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kerjasama itu penting bagi mengatasi ketirisan cukai membabitkan ekspatriat yang bekerja di Malaysia. 

Beliau berkata, MoU sama pernah dimeterai kali pertama selama lima tahun bermula 19 Jun 2014 hingga 18 Jun 2019 dan kali ini akan berkuat kuasa sehingga 2025.

“MoU ini antara lain membolehkan kerjasama perkongsian maklumat antara Imigresen dan LHDN berkaitan data-data ekspatriat yang bekerja di negara ini seperti nama, warganegara, nombor pasport, rekod keluar masuk dan tarik tempoh sah laku pas. 

“Kesinambungan perkongsian data ini adalah bagi memastikan terdapat kawalan efektif dalam pembayaran cukai oleh ekspatriat sekali gus membantu menyumbang hasil pendapatan negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani MoU itu, di sini hari ini. 

Katanya, setakat ini, belum ada ekspatriat yang gagal melunaskan cukai kepada LHDN, namun jika itu berlaku pas mereka tidak akan diperbaharui sekali gus tidak lagi boleh bekerja di negara ini. 

Khairul berkata, menerusi kerjasama ini, pihak Imigresen boleh menghalang mana-mana ekspatriat yang tidak membayar cukai untuk keluar dari Malaysia.

Pada masa sama, ketirisan bayaran cukai oleh ekspatriat dapat dikurangkan dan seterusnya membantu menambah hasil pendapatan negara.

“Berdasarkan statistik LHDN, sebanyak RM20.12 bilion cukai berjaya dikutip daripada ekspatriat bagi tempoh antara 2014 hingga 2021 yang lalu dengan kutipan tertinggi pada 2019 iaitu RM3.6 bilion,” katanya. 

Katanya, setakat ini, sebanyak 162,170 pas aktif ekspatriat direkodkan dengan 99,200 adalah pemegang pas prinsipal manakala, 62,970 adalah pas tanggungan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya