Golongan belia hayati semangat kemerdekaan - Utusan Malaysia

Golongan belia hayati semangat kemerdekaan

KAMARUL AZMAN KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Golongan belia perlu menghayati dan mencontohi perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dalam mencapai kemerdekaan sekali gus menanamkan sifat sayangkan negara.

Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Azman Khamis berkata, dalam suasana serba moden dengan ledakan teknologi semakin pesat, semangat kemerdekaan harus kekal berada dalam hati setiap masyarakat.

Ujarnya, jadikan semangat perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan sebagai azimat kepada golongan muda khususnya dalam memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara. 

“Kemajuan teknologi masa kini tidak harus dijadikan alasan untuk mereka (belia) lalai dan lupa jasa dan pengorbanan pejuang yang mempertahankan tanah air.

“Kalau kita lihat bagaimana pengorbanan orang-orang terdahulu berjuang mencapai kemerdekaan dan semangat itu perlu ada dalam kalangan golongan belia di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamarul Azman, sambutan bulan kemerdekaan perlu disemarakkan bagi membangkitkan semangat rakyat sekali gus memperingati bagaimana kesukaran tokoh-tokoh terdahulu memperjuangkan kemerdekaan.

“Saya juga menyeru kepada belia-belia di luar sana supaya sentiasa berfikiran minda kelas pertama.

“Jadilah belia yang dapat memberi impak yang positif kepada negara sama ada daripada segi ekonomi dan sosial,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya