Empat lelaki terlepas hukuman gantung sampai mati  -

Empat lelaki terlepas hukuman gantung sampai mati 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat lelaki terlepas dari dikenakan hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan kesemua mereka daripada kesalahan membunuh, empat tahun lalu. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam bela Arif Azami berkata, ini selepas pihak pendakwaan gagal mengemukakan keterangan prima facie bagi memastikan wujud elemen utama dalam pertuduhan untuk kesemua tertuduh.

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh memutuskan demikian di peringkat akhir pendakwaan yang  dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan.  

“Oleh yang demikian, semua Orang Kena Tuduh (OKT) dilepas dan dibebaskan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini. 

Mengikut pertuduhan, Ahmad Nabeel Zainarry, 28, (OKT 1) dituduh melakukan bunuh ke atas Muhammad Arif Habil, 27, di KEJ Global Enterprise (Snooker 30), Blok B Vista Mutiara 1, Jalan Vista Mutiara, Jalan Kepong Daerah Sentul di sini pada 2 Julai 2018, pukul 4.30 pagi hingga 9.29 pagi. 

Tertuduh diwakili peguam Arif Azami Hussein dan Dir Kheizwan Kamaruddin. 

Perbuatan itu dibolehkan untuk dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. 

Sementara itu, dalam pertuduhan berasingan, Muhamad Asraff Moideen, 34, (OKT 2), Mohamad Firdaus Abdul Wahid, 28, (OKT 3) dan Muhammad Fikri Afifuddin Mazli, 27, (OKT 4) juga dituduh atas perbuatan, di tempat dan waktu yang sama. 

Kesemua OKT masing-masing diwakili peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris , A. Saravanan dan S. Narasimhan. 

Kesemua tertuduh mula didakwa pada 29 Januari 2019. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya